Sesungguhnya tidak ada yang lebih
menyayatkan dari
melihat bangsaku dijajah Tidak ada
yang lebih menyedihkan dari
membiarkan bangsaku dihina
Air mata
tiada ertinya sejarah
silam tiada maknanya sekiranya
bangsa tercinta terpinggir dipersenda
dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Tun Dr. Mahathir Mohamad Mei 1996
Merdekakah kita?!!! Zahirnya mungkin... tapi renung kembali anak bangsa kita kini... Hayati seketika erti kemerdekaan sebenar..kemerdekaan kini adalah usaha dan pengorbanan pejuang - pejuang lalu... bukan dari kita...!! Apakah sumbangan kita sebagai bangsa merdeka kepada negara? Layakkah kita sekadar menyambutnya dan mengingatinya tanpa diri kita terus berusaha untuk memerdekakan anak bangsa sendiri... ? Fikirkanlah sejenak.... Salam kemerdekaan....
Ku pejamkan mata Kau hadir di sisi Ku hulurkan tangan Kau sambut dengan kasih Tenangkanlah hatimu Agar bisa ku senyum Pejamkanlah matamu jika
rindukan wajahku
Ku pejamkan mata Kau hadir di sisi Bisik mesra darimu Menyemai kasihku Bahagiakan dirimu Agar bisa ku senyum Pejamkanlah matamu ku
pasti disisi
Untuk dikau kasih Ku curahkan cinta suci Yang tak mungkin
terpadam Akan terus membara Bahagiakan dirimu di
saat ku tersenyum Pejamkanlah matamu jika
rindukan wajahku Janjiku kepadamu aku
pasti disisi
Merintih dalam jiwa Pergiku tak kembali Berpisah jua kita Tak bisa ku ingkari Sehati dan sejiwa Kita telah berjanji Pejamkanlah matamu ku
pasti disisi
Untuk dikau kasih Ku curahkan cinta suci Yang tak mungkin
terpadam Akan terus membara
bahagiakan dirimu Disaat ku tersenyum Pejamkanlah matamu Jika rindu kepadaku Janjiku kepadamu aku
pasti disisi
Bahagiakanlah dirimu Bisa aku tersenyum Satukanlah dirimu
dengan hati jodohmu Pejamkanlah matamu Jika
rindukan wajahku Janjiku kepadamu aku
pasti disisi
Angin laut menghembus ke mukaku…. Roh – roh yang diselimuti
jasad semakin berkurangan di pesisiran ini.. Mungkin banyak yang telah
pulang atau membawa haluan tersendiri…. Sejuk, tenang dan lapang seketika
fikiranku… Aku masih duduk di tembok pemecah ombak tatkala mata dan kepalaku
terarah kepada sesuatu dalam kedinginan pagi ini… Cahaya lampu dari puncak
disebelah kananku… Cahaya terang suram itu cukup kuat memanggil fikiranku dalam
ketenangannya……
Fikiranku terus terarah menerjah cahaya lampu itu… Aku
berasa kagum dengan kekuasaaNya.. Aku nampak sesuatu yang cukup unik dalam
senario dan panorama itu… Walaupun dalam kegelapan malam, balaman bentuk gunung
itu jelas kelihatan.. Puncaknya yang bercahaya telah menarik aku berada disana
seketika…
Pandangan ku cukup luas untuk menerjah sekeliling di
bawahnya… Begitu besar dan luas tanah bumi yang ku pijak ini… Tapi mengapa aku
mesti menagih dan memilih satu yang aku sendiri tidak pasti, sedangkan jika
dilihat dari puncak ini begitu banyak lagi pilihan dibawah sana
yang mungkin boleh ku pilih… Kenapa? Aku kembali berfikir… Hebatnya Kuasa Dia
Yang Maha Esa…
Mengapa tidak yang lain..? Mengapa mesti kupilih sesuatu yang hadir dari sebuah kampung
yang cukup tenang buatku, sedangkan banyak lagi tempat atau kampung yang tenang dan mungkin
lebih lagi untukku…? Mengapa aku mesti pilih sesuatu dari rumah kampung unik
dua tingkat bersebelahan sawah padi dan terdapat jelapang berhampirannya sedangkan
banyak lagi rumah yang sedemikian dibawah sana?
Mengapa hatiku masih terpaut pada jaluran jalan kampung dan aliran air parit
disitu sedangkan banyak lagi jalan raya yang lebih baik dan sungai yang indah
merata – rata dibawah sana? Mengapa
aku masih berharap dan mengimpikan yang aku akan ada disana tatkala lebaran
tiba dan bahagia bersama isteri dan anak – anak tercinta? Mengapa? Mengapa?!!!!
Banyak lagi peluang untuk mendapat ketenangan, keindahan dan kebahagiaan dibawah sana..
Mengapa disitu juga tetap dalam sudut lubuk hatiku? Mengapa?............
Hati lukaku berbisik
halus….
“Sesuatu yang hadir disana telah memaut erat segalanya dalam hati ku… Aku
masih gagal untuk melepaskannya…… Tiap kali aku cuba
menguntaikannya… tiap kali itu ia semakin kuat menjerutku lantas membuatia makin sakit dan terluka kerana ikatannya…… Biarlah ia….. ataupun aku
akan lebih terluka kerana cuba
melepaskan diriku dari sana…
Biarlah….. Biarlah Yang Maha Kuasa sahaja yang meleraikannya…….”
Tangan ku terasa gegaran sesuatu.. Rentapan ikan pada mata
kail joranku telah membawa aku kembali ke pantai tempat bumi nyata aku berpijak….
Membawa aku turun dari gunung sebelah kananku tadi dan membawa aku keluar dari
dunia bisikan hatiku sendiri……
Biarlah….. Biarlah masa dan Dia sahaja menentukannya…..
Kerana masa akan membawa aku terus berjalan menghampiriNya dan Dia lebih Mengetahui
dari hamba – hambanya….. Yah Allah.. Bantulah Hambamu ini....Amin…..
Tatkala aku sedang sibuk melaksanakan kerja ku yang secara
mendadak bertimbun minggu ini…. Aku merasakan sesuatu yang kurang enak
dihatiku… Aku merasakan sesuatu yang tidak kena… Apakah perasaan ini…? Amat
sukar untuk ku tafsirkan rasanya…
Sakit hati? Aku yakin bukan, namun ia amat menyenakkan
perasaanku….Cemburu, dengki, sedih atau
benci? Aku pasti ia jauh sekali kerana aku betul – betul kenal dengan perasaan
– perasaan itu… Kalau cemburu itu dulu… tapi sekarang tidak lagi… Dengki? Tidak
pernah wujud dalam hatiku jika berkenaannya… Sedih? Sedih dalam diriku dah nak
habis dah rasanya.. Sebab aku tak lagi mampu untuk bersedih… Terlalu letih
bersedih… dan terlalu lama rasanya… cukup menyakitkan dan menyeksakan…Benci….? Itu sudah pasti amat jauh kerana aku
amat sayang jika berkenaan dengannya…. Tapi perasaan ini masih menusuk – nusuk
perasaanku… Ya Allah.. bantulah hambamu yang lemah dan hina ini…
Aku cuba
lari setiap masa… tapi tak mampu… Perasaan ini masih mengejarku… Semakin aku
lari…. Semakin kuat ia mengejar dan mendesak ku… Sampai kini aku masih gagal
mentafsirkannya… Aku gagal untuk mengelak darinya… Ya Allah, kau tenangkanlah
hatiku… Tabahkanlah hatiku, Kuatkanlah semangatku, lapangkanlah fikiranku…
Terlalu seksa rasanya dibelenggu dengan perasaan ini… Jauhilah aku dari
perasaan ini… Kerana aku tidak pasti dengan NAMA perasaan ini… dan aku amat
tidak mengenalinya… Bagaimana harus ku atasinya sedangkan aku sendiri tidak
mengenalinya…?
Apa yang aku mampu lakukan hanya berdoa dan berharap.. Moga
Kau makbulkan segalanya.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa ke atas
makhluk ciptaanMu dan hanya Engkaulah yang mampu mengubah segala – galanya…
Amin….
So lately, I've been wonderin Who will be there to take my place When I'm gone, you'll need love To light the shadows on your face If a great wave should fall It would fall upon us all And between the sand and stone Could you make it on your own
If I could, then I would I'll go wherever you will go Way up high or down low I'll go wherever you will go
And maybe, I'll find out The way to make it back someday To watch you, to guide you Through the darkest of your days If a great wave should fall It would fall upon us all Well I hope there's someone out there Who can bring me back to you
Runaway with my heart Runaway with my hope Runaway with my love
I know now, just quite how My life and love might still go on In your heart and your mind I'll stay with you for all of time
If I could turn back time I'll go wherever you will go If I could make you mine I'll go wherever you will go
Aku tahu segalanya telah ditakdirkan… namum sesuatu nasib atau takdir itu tidak mungkin berubah jika tidak disulami dengan usaha… Aku yakin walaupun segalanya mungkin ditakdirkan, aku akan tetap terus berusaha danberdoa… Aku yakin dengan kekuasaanNya… Insyaallah… dengan izinNya… Mungkin jika impian dan harapan hidup ku selama ini termakbul, ia adalah keajaiban yang paling besar dalam hidupku… dan aku sedar ini adalah anugerah DIA Yang Maha Kuasa yang paling bermakna sepanjang hidupku…
Setelah ku cari sekian lama akhirnya DIA telah takdirkan aku berjumpa dengan impian hidup ku… Aku yakin ini yang aku mahu dalam hidupku.. aku sangat yakin…. Namun aku sedar kini, mungkin aku akan kehilangan impaianku… dan tidak mungkin temuinya semula…. Tidak akan sama lagi buat sepanjang hidupku… Walaupun kini mungkin impianku sedang gembira dan aku sebaliknya.. Aku redha… Aku sedar mungkin aku tidak cukup segalanya… Mungkin bukan ini yang dimahukan impianku…. Aku tidak cukup sempurna untuk impianku…….. Aku bukanlah milik hati impianku….. segalanya bukan untukku….Tapi percayalah, apa yang hadir dalam diriku selama ini bukanlah dari kepura – puraan… tapi segalanya seikhlas mungkin dan sedaya mampu yang ada dalam diri……………
Apa pun tindakanku selepas ini segalanya bergantung kepada gerak hatiku… aku yakin… apa yang aku cuba lakukan bukanlah untuk merosakkan segalanya galanya… Tapi niat yang betul – betul ikhlas… dan mudah – mudahan aku ditunjukkan jalan usaha yang dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak.. bukan untuk kepentingan aku sendiri semata –mata…
Untuk semua pihak yang sentiasa disisiku… Maafkan aku kerana sering mebebankan… Sangat membebankan… dan aku sedar aku hanyalah boneka dalam hidup dan dalam impian yang ku cipta sendiri……….
Harapan ku kini hanya usaha dan doa yang hanya mampu ku lakarkan dengan air jernih dalam mata hati yang mungkin akan berkecai berderai dan terus tenggelam dalam kekeringan……… Amin..
maafkan aku kerana aku sudah tidak mampu untuk menamakan nukilan yang tercoret diatas ini... Hilang dayaku.. dan aku sedar aku hanya hamba... Maaf buat semua...
You could have a change of heart, if you would only change
your mind
Instead of slamming down the phone girl, for the hundredth time
I got your number on my wall, but I ain't gonna make that call
When divided we stand baby, united we fall
Got the time got a chance gonna make it
Got my hands on your heart gonna take it
All I know I can't fight this flame
You could have a change of heart, if you would only change your mind
Cause I'm crazy 'bout you baby, time after time
Without you
One night alone Is like a year without you baby
Do you have a heart of stone
Without you
Can't stop the hurt inside
When love and hate collide
I don't wanna fight no more, I don't know what we're fighting for
When we treat each other baby, like an act of war
I could tell a million lies and it would come as no surprise
When the truth is like a stranger, hits you right between the eyes
There's a time and a place and a reason
And I know I got a love to believe in
All I know got to win this time
You could have a change of heart, if you would only change your mind
Cause I'm crazy 'bout you baby...Crazy...Crazy
Without you
One night alone
Is like a year without you baby
Do you have a heart of stone
Without you
One night alone
Is like a year without you baby
If you have a heart at all
Without you
Can't stop the hurt inside
When love and hate collide
"Ya Allah... Kau permudahkanlah jalannya... Kau tunjukkanlah kebenaran untuknya dan berilah dirinya panduan dalam membuat keputusan bagi menentukan hidupnya... Berikanlah padanya kekuatan untuk membuat keputusan, berikanlah keyakinan dalam dirinya dan Engkau kurniakanlah kebahagiaan pada dirinya... Aku hanya memohon padamu Ya Allah... kerana insan yang ikhlas menyayanginya ini tidak mampu melihat kesedihan dan penyesalan dalam dirinya... Jika keputusannya masih kekal dan ditakdirkan tiada kebahagiaan dalam kehidupannya, aku rela kebahagiaan yang ditakdirkan untukku ditarik dan Engkau kurniakanlah padanya... Aku tidak sanggup lagi Ya Allah untuk lalui apa yang telah ku alami... Ya Allah... Semoga kebahagiaan sering mengiringi dirinya walaupun dengan airmataku sendiri... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa dan Mampu Mengubah Segalanya yang Telah Ditetapkan untuk Hamba - Hamba Mu Ini... Amin... Amin Ya Rabbal 'Alamin..."
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi Tapi benar kah hidup ku kan selama ini Biar berputar utara selatan Ku tak putus harapan Sedia setia
Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini Biar membisu burung bersiulan Tenang lah gelombang lautan Ku masih setia Ada kah engkau yakin ini cinta Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi Tapi benar kah hidup aku kan selama ini Biar berputar utara selatan Ku tak putus harapan Sedia setia
-Imran Ajmain-
Seribu tahun... adakah mungkin....? walaupun pada zahirnya ia adalah satu yang mustahil ... namun aku percaya pada kebesaranNya... tiada apa yang mustahil di muka bumi ciptaanNya ini... dan aku masih berharap kepada kebesaran dan keajaiban dari Nya dalam hidupku ... Ya Allah.. niatku ikhlas sedalam hatiku... sekuat manapun dugaan yang kau berikan akan ku gagahi demi mengapai impianku... Berikanlan aku kekuatan dan peluang Ya Allah... pada tika dan saat ini hanya Mu Ya Allah yang mampu menentukan segalanya... hambamu ini telah berusaha... yang selebihnya ku hanya berserah padaMu... Jika keajaiban itu hadir, aku berjanji, akan ku hargainya sepanjang hidupku Ya Allah... Insyaallah... yang aku perlukan hanya peluang dan keajaiban dari Mu Ya Allah.... Ya Allah.. berikanlan ku secubit kebahagiaan dan kegembiraan dalam perjalanan hayatku yang sementara ini.... makbulkanlah doa, impian dan harapan hambamu ini Ya Allah... Amin...
" Hatiku tidak akan berubah.... dan harapan ku tidak akan berakhir" ...Insyaallah..