Monday, January 14, 2008
..................

 Aku tahu segalanya telah ditakdirkan… namum sesuatu nasib atau takdir itu tidak mungkin berubah jika tidak disulami dengan usaha… Aku yakin walaupun segalanya mungkin ditakdirkan, aku akan tetap terus berusaha dan  berdoa… Aku yakin dengan kekuasaanNya… Insyaallah… dengan izinNya… Mungkin jika impian dan harapan hidup ku selama ini termakbul, ia adalah keajaiban yang paling besar dalam hidupku… dan aku sedar ini adalah anugerah DIA Yang Maha Kuasa yang paling bermakna sepanjang hidupku…

 Setelah ku cari sekian lama akhirnya DIA telah takdirkan aku berjumpa dengan impian hidup ku… Aku yakin ini yang aku mahu dalam hidupku.. aku sangat yakin…. Namun aku sedar kini, mungkin aku akan kehilangan impaianku… dan tidak mungkin temuinya semula…. Tidak akan sama lagi buat sepanjang hidupku… Walaupun kini mungkin impianku sedang gembira dan aku sebaliknya.. Aku redha… Aku sedar mungkin aku tidak cukup segalanya… Mungkin bukan ini yang dimahukan impianku…. Aku tidak cukup sempurna untuk impianku…….. Aku bukanlah milik hati impianku….. segalanya bukan untukku….  Tapi percayalah, apa yang hadir dalam diriku selama ini bukanlah dari kepura – puraan… tapi segalanya seikhlas mungkin dan sedaya mampu yang ada dalam diri……………

 Apa pun tindakanku selepas ini segalanya bergantung kepada gerak hatiku… aku yakin… apa yang aku cuba lakukan bukanlah untuk merosakkan segalanya galanya… Tapi niat yang betul – betul ikhlas… dan mudah – mudahan aku ditunjukkan jalan usaha yang dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak.. bukan untuk kepentingan aku sendiri semata –mata…

 Untuk semua pihak yang sentiasa disisiku… Maafkan  aku kerana sering mebebankan… Sangat membebankan… dan aku sedar aku hanyalah boneka dalam hidup dan dalam impian yang ku cipta sendiri……….

 Harapan ku kini hanya usaha dan doa yang hanya mampu ku lakarkan dengan air jernih dalam mata hati yang mungkin akan berkecai berderai dan terus tenggelam dalam kekeringan……… Amin..


maafkan aku kerana aku sudah tidak mampu untuk menamakan nukilan yang tercoret diatas ini... Hilang dayaku.. dan aku sedar aku hanya hamba... Maaf buat semua...

Ny - Az
Jan 14 08
1.48 p.m


Posted at 6:37 am by estonyza

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

estonyza
Malaysia

"Menulis itu resah yang bahagia,
duka yang indah....."

"Segala yang dihasrat, tapi tak dapat,
adalah nikmat, yang paling padat....."

-A. Samad Said-

   

<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed