Perasaan Apa Ini.......???? '(
Tatkala aku sedang sibuk melaksanakan kerja ku yang secara
mendadak bertimbun minggu ini…. Aku merasakan sesuatu yang kurang enak
dihatiku… Aku merasakan sesuatu yang tidak kena… Apakah perasaan ini…? Amat
sukar untuk ku tafsirkan rasanya…
Sakit hati? Aku yakin bukan, namun ia amat menyenakkan
perasaanku…. Cemburu, dengki, sedih atau
benci? Aku pasti ia jauh sekali kerana aku betul – betul kenal dengan perasaan
– perasaan itu… Kalau cemburu itu dulu… tapi sekarang tidak lagi… Dengki? Tidak
pernah wujud dalam hatiku jika berkenaannya… Sedih? Sedih dalam diriku dah nak
habis dah rasanya.. Sebab aku tak lagi mampu untuk bersedih… Terlalu letih
bersedih… dan terlalu lama rasanya… cukup menyakitkan dan menyeksakan… Benci….? Itu sudah pasti amat jauh kerana aku
amat sayang jika berkenaan dengannya…. Tapi perasaan ini masih menusuk – nusuk
perasaanku… Ya Allah.. bantulah hambamu yang lemah dan hina ini…
Aku cuba
lari setiap masa… tapi tak mampu… Perasaan ini masih mengejarku… Semakin aku
lari…. Semakin kuat ia mengejar dan mendesak ku… Sampai kini aku masih gagal
mentafsirkannya… Aku gagal untuk mengelak darinya… Ya Allah, kau tenangkanlah
hatiku… Tabahkanlah hatiku, Kuatkanlah semangatku, lapangkanlah fikiranku…
Terlalu seksa rasanya dibelenggu dengan perasaan ini… Jauhilah aku dari
perasaan ini… Kerana aku tidak pasti dengan NAMA perasaan ini… dan aku amat
tidak mengenalinya… Bagaimana harus ku atasinya sedangkan aku sendiri tidak
mengenalinya…?
Apa yang aku mampu lakukan hanya berdoa dan berharap.. Moga
Kau makbulkan segalanya.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa ke atas
makhluk ciptaanMu dan hanya Engkaulah yang mampu mengubah segala – galanya…
Amin….
Ny-Az
5.35 p.m
17 Feb 2008
Posted at 9:39 am by
estonyza