Monday, February 18, 2008
Biarlah.....

 Angin laut menghembus ke mukaku…. Roh – roh yang diselimuti jasad semakin berkurangan di pesisiran ini.. Mungkin banyak yang telah pulang atau membawa haluan tersendiri…. Sejuk, tenang dan lapang seketika fikiranku… Aku masih duduk di tembok pemecah ombak tatkala mata dan kepalaku terarah kepada sesuatu dalam kedinginan pagi ini… Cahaya lampu dari puncak disebelah kananku… Cahaya terang suram itu cukup kuat memanggil fikiranku dalam ketenangannya……

 Fikiranku terus terarah menerjah cahaya lampu itu… Aku berasa kagum dengan kekuasaaNya.. Aku nampak sesuatu yang cukup unik dalam senario dan panorama itu… Walaupun dalam kegelapan malam, balaman bentuk gunung itu jelas kelihatan.. Puncaknya yang bercahaya telah menarik aku berada disana seketika…

 Pandangan ku cukup luas untuk menerjah sekeliling di bawahnya… Begitu besar dan luas tanah bumi yang ku pijak ini… Tapi mengapa aku mesti menagih dan memilih satu yang aku sendiri tidak pasti, sedangkan jika dilihat dari puncak ini begitu banyak lagi pilihan dibawah sana yang mungkin boleh ku pilih… Kenapa? Aku kembali berfikir… Hebatnya Kuasa Dia Yang Maha Esa…

 Mengapa tidak yang lain..? Mengapa mesti  kupilih sesuatu yang hadir dari sebuah kampung yang cukup tenang buatku, sedangkan banyak lagi tempat atau kampung yang tenang dan mungkin lebih lagi untukku…? Mengapa aku mesti pilih sesuatu dari rumah kampung unik dua tingkat bersebelahan sawah padi dan terdapat jelapang berhampirannya sedangkan banyak lagi rumah yang sedemikian dibawah sana? Mengapa hatiku masih terpaut pada jaluran jalan kampung dan aliran air parit disitu sedangkan banyak lagi jalan raya yang lebih baik dan sungai yang indah merata – rata dibawah sana? Mengapa aku masih berharap dan mengimpikan yang aku akan ada disana tatkala lebaran tiba dan bahagia bersama isteri dan anak – anak tercinta? Mengapa? Mengapa?!!!! Banyak lagi peluang untuk mendapat ketenangan, keindahan dan kebahagiaan dibawah sana.. Mengapa disitu juga tetap dalam sudut lubuk hatiku? Mengapa?............

 Hati lukaku berbisik halus….

 “Sesuatu yang hadir disana telah memaut erat segalanya dalam hati ku… Aku masih gagal untuk melepaskannya…… Tiap kali aku cuba menguntaikannya… tiap kali itu ia semakin kuat menjerutku  lantas membuat  ia makin sakit dan terluka kerana ikatannya…… Biarlah ia….. ataupun aku akan lebih terluka kerana cuba melepaskan diriku dari sana… Biarlah….. Biarlah Yang Maha Kuasa sahaja yang meleraikannya…….”

 Tangan ku terasa gegaran sesuatu.. Rentapan ikan pada mata kail joranku telah membawa aku kembali ke pantai tempat bumi nyata aku berpijak…. Membawa aku turun dari gunung sebelah kananku tadi dan membawa aku keluar dari dunia bisikan hatiku sendiri……

 Biarlah….. Biarlah masa dan Dia sahaja menentukannya….. Kerana masa akan membawa aku terus berjalan menghampiriNya dan Dia lebih Mengetahui dari hamba – hambanya….. Yah Allah.. Bantulah Hambamu ini....Amin…..

 


Pantai Merdeka
9 Feb 2008
2.43 a.m


Posted at 1:04 pm by estonyza

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

estonyza
Malaysia

"Menulis itu resah yang bahagia,
duka yang indah....."

"Segala yang dihasrat, tapi tak dapat,
adalah nikmat, yang paling padat....."

-A. Samad Said-

   

<< February 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed