Wednesday, November 28, 2007
Si Polan.....

Si Polan mencelikkan matanya… dalam kedinginan subuh dia bersyukur kerana masih diberi peluang untk merasa kenikmatan dunia… kegembiraan, kesedihan, kesunyian dan juga kasih sayang…. Perasaan yang merupakan anugerah tidak ternilai dari DIA pada hambanya….

Namun tidak lepas dari pemikirannya tentang orang yang sering disisinya…. Dia kembali sayu dan sedih… namun dia telah berjanji yang hari ini dia akan cuba bersendirian meneruskan perjalanan hidup seperti biasa tanpa seseorang disisinya…. Lantas Si Polan bangun dan melaksanakan apa yang harus dilakukan sebagai hamba….

Hampir kaku dan tiada apa yang bergerak di pemikirannya… seolah – olah berjuta - juta neuron – neuron otaknya hampir mati… tak berfungsi… semuanya serba tak kena untuk di lakukannya… tiada apa perancangannya hari ini… bosan…. Matanya masih  tertumpu pada kaca televesyen.. tapi pemikirannya melayang memikirkan seseorang…. Sekali lagi dia hanyut…. Tatkala ini sepatutnya dia sering sibuk dan sedang bergembira bersama seseorang… ada saja aktiviti yang sering dilakukan bersama mengisi perjalanan hidupnya.. tapi hari ini tanpa seseorang dia kesunyian….. tiada apa yang bersemangat ingin dilakukannya…. 11.24 pagi… telefon bimbitnya berbunyi… pesanan ringkas yang amat dinanti tiba… "sy bru nak kuar" …. Dia makin bercelaru…..

Si Polan cuba lakukan sesuatu…. Dia keluar dari rumahnya untuk menghilangkan kebosanannya… Namun semuanya serba tidak kena buatnya… setiap yang dilihatnya mengigatkan dirinya tentang seseorang… dia memandang di tempat duduk disebelahnya….. kosong.. jika tidak tentu seseorang itu berada disisinya… setiap jalan, setiap tempat semuanya mempunyai kenangan dirinya bersama seseorang… di cuba lari dari semua itu… namun semakin dia cuba lari jauh dari semua itu, semakin dekat perasaan dan diri seseorang itu dengan dirinya… dia semakin bingung bagaimana dia harus hadapi semua ini… fikirannya buntu… dia cuba menipu hatinya lagi….. terus bersendirian… tapi sebenarnya sering bersama seseorang…

Dia sedar kini… dia harus belajar… belajar untuk kehilangan seseorang… Walau sedalam mana pun kasih sayang dan cintanya pada seseorang… bila masa waktu dia harus lepaskan…. Dia harus terima… Terlalu perit buatnya….  Si Polan sedar betapa bermaknanya seseorang itu buatnya… Bukan mudah untuk mengalirkan air mata untuk seseorang kecuali seseorang itu cukup dalam buat hatinya… tetapi kini air mata cukup murah dalam  dirinya… seringkali mengalir mengikut rasa hatinya….  dia sedar takdir telah menentukan segalanya…. Dan takdir itu tidak menyebelahinya…. Tetapi dalam hatinya tetap utuh… utuh menyatakan biar apa pun terjadi dan apa pun takdirnya… kasih sayang dan cintanya tidak akan luntur buat seseorang… Seseorang itu terlalu bermakna dalam hidupnya…. Biar apa yang tersurat… seseorang itu tetap kekal selamanya disudut hatinya yang istimewa hingga nafasnya yang terakhir……..

 

 

ICD
24 Nov 2007
10.53 p.m.

 

 

 


Posted at 3:50 pm by estonyza
Nak tulis???  

Tuesday, September 04, 2007
Kehidupanku...?

Terlintas dibenakku… adakah kehidupanku hanya untuk membahagiakan insan yang ku sayang tanpa memperdulikan kebahagiaan diriku..? Setelah segala kepercayaan dan kasih sayang ku curahkan tanpa memperdulikan siapa diriku, gerak hatiku secara tiba – tiba menaruh syak dan prasangka.. Walaupun selama ini ku tahu siapa dirinya, diriku tanpa niat memikirkan sesuatu yang mungkin di luar batasan perlakuannya… Ya Allah ku mohon padamu jauhilah diriku dari segala perasaan curiga dan prasangka ini. Jika telah ditakdirkan hidupku hanyalah untuk membahagiakan insan yang ku sayang tanpa kebahagiaan dalam diriku, aku redha Ya Allah… Diriku telah cuba memberikan segalanya yang terbaik untuk dirinya. Sesungguhnya hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untuk hidupku yang sementara ini…. Ku pohon keredhaan mu Ya Allah… Ampunkanlah dosa hamba mu ini… Amin..

Office AZ
4 Sept 2007
11.34 am




Posted at 4:37 am by estonyza
Yang Ditulis...(1)  

Wednesday, August 01, 2007
Keliru Lagi...

..........Tanpa niat dan tanpa aku sedari aku sedang menatap sesuatu yang membuatkan ku kembali sedih...... amat sedih... namun dalam kesedihan itu ada kegembiraan untuk dirinya... aku amat bersyukur kerana aku tahu dia amat gembira...dan dalam waktu yang sama aku kembali keliru dengan perasaan dan hatiku.... maafkan diriku sayang.....

Posted at 5:06 pm by estonyza
Yang Ditulis...(5)  

Monday, July 30, 2007
Kekasih Gelapku

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu

Ku mencintaimu sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku

Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidup ku


Hidupku

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu

Ku mencintaimu sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku mencintaimu sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu


Terima kasih buat yang tersayang kerana rela korbankan segalanya untuk kebahagiaan diriku walaupun dirimu kini dalam dilema... maaf jika segalanya adalah satu bebanan buatmu dan maafkan diriku jika ku mengundurkan diriku secara tiba - tiba... tapi percayalah... segalanya kerana ku amat menyayangi dirimu... terlalu besar pengorbananmu untuk kebahagiaan diriku... dan ku tidak lagi rela dirimu derita demiku... maafkan diriku sayang... kegembiraan dalam kesedihanku ialah apabila melihat dirimu bahagia dengan pilihanmu buat selamanya sayang... Salam sayang utukmu selamanya.. ,(


Posted at 4:22 pm by estonyza
Yang Ditulis...(1)  

Thursday, July 26, 2007
When You're Gone

I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

We were made for each other
Out here forever
I know we were
All I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me

 

Avril Lavigne




Posted at 10:40 am by estonyza
Nak tulis???  

Wednesday, June 20, 2007
Tiada Lagi

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

 

 

by Amy Search


Posted at 6:44 pm by estonyza
Yang Ditulis...(2)  

Sunday, April 29, 2007
Hujan Pagi II

Diriku kaku teguh berdiri di anjung……. tempias titis – titis itu seolah – olah berebut menjengah tubuhku. Ku biarkan seketika.........

 

Ku mula melangkah setapak demi setapak….. titis – titis besar mula kurasai… ku pejamkan mata membatukan diri cuba merasai nikmat hempasan titis – titis itu bersama sahabat yang bertiup membawanya…tiada apa yang ku rasakan selain daripada kesejukan yang mula menguasai diriku…..

 

Ku berlari sekuat hati dalam titis – titis besar itu…. berhenti… yang ada hanya bunyi nafas dan degupan jantungku selain dari bunyi titisan yang menghempas bumi dan hamparan batu hitam yang keras…

 

Ku sedar… kini semuanya kosong… yang ada hanya aku dalam silau kebasahan bersama titis – titis itu… Tapi aku puas…. Puas seolah – olah aku dekat bersamanya untuk seketika lagi dalam dunia ciptaanku sendiri…

 

Aku kembali melangkah ke kekotak blok konkrit besar bersama kesejukan dan kebasahan… suara hati ku berbisik…. "Aku puas…."

 

29 April 2007

XC2 302

3.50 a.m

 

 

Tatkala aku selesai dengan coretan ini, titis – titis tadi seakan – akan mahu berlalu pergi…

Berlalu  meniggalkanku entah menuju ke mana…

Semoga kesayuan dan kesedihanku juga berlalu pergi bersama titis – titis itu…. Amin..


Posted at 2:41 pm by estonyza
Yang Ditulis...(9)  

Hujan Pagi I

Deruan titis – titis besar di luar jendela menjengah gegendang telingaku…

'Hujan…' bisik hatiku… Ku alihkan pandanganku ke luar jendela.. hanya kilauan kebasahan dari sinar lampu – lampu yang mampu ku lihat dalam kegelapan pagi.. Titis – tisisnya yang menyembah bumi memberikan satu ketenangan dalam kesayuan pada diriku….

 

Hujan……….

Mengingatkan aku tentang seseorang… Seseorang yang pernah hadir sebagai sebahagian laluan perjalanan hidupku dan juga seseorang yang pernah ku sayangi… walaupun amat singkat ku bersamanya… ia cukup bermakna dalam hidupku…

 

Adakah dia sedang bersedih dan titis – titis ini hadir mengiringi kesedihannya.....?

atau pun ……….titis – titis ini tidak lagi ingin mengiringinya kerana dia sedang bergembira dan berbahagia buat selamanya…..?

 

Adakah titis – titis yang hadir ini telah beralih arah untuk bersama memahami perasaan ku yang kini dalam kesayuan……..? Mungkinkah?

 

Aku melangkah keluar dari kamarku dan turun ke bawah untuk membiarkan titis – titis itu menjamah tubuhku dalam kesayuan…. Dalam langkah itu, di sudut benak ku berkata….

"Terima kasih hujan, terima kasih Ya Allah atas segala kurniaanMu terhadapku….."

 

 

 

29 April 2007

XC2 302

3.06 a.m

 


Posted at 2:39 pm by estonyza
Nak tulis???  

Saturday, April 28, 2007
Monologku..... (iii)

 

Aku memandang jarum detik yang terus bergerak….. terus bergerak tanpa peduli apa yang terjadi dan bakal terjadi.. Terjengah di benak ku…

 

"Mampukah aku melangkah bersama detik itu? Mampukah ku hadapi segalanya sedangkan setiap langkahku semakin menekan benak ku yang membuatkan hati dan perasaanku semakin sedih……………  Hermmmm…. Menagis lagi hatiku rupanya"………… aku hanya mampu simpati padanya…..

 

"Ya Allah berikanlah ku kekuatan untuk ku melangkah menuju ke arahnya… arah yang dapat membahagiakan dan menggembirakan insan yang ku sayang.. walaupun derita yang ku terima, aku rela… aku rela demi insan yang aku sayang… tiada apa yang mampu ku lakukan lagi selain cuba menggembirakan dan membahagiakannya… akan ku lakukan apa jua demi kasih sayang"

 

Sekali lagi kekuatan kasih sayang terbukti dalam perjalanan hidupku ini… Indahnya kekuatannya kerana yang derita sanggup lebih derita kerananya…..

 

"Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan hamba – hambamu dengan satu perasan yang tidak ternilai dengan apa jua di muka bumi ini…. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui… Amin…

 

28 April 2007

XC2 302

3.59 p.m.


Posted at 6:03 am by estonyza
Nak tulis???  

Thursday, April 26, 2007
Kegembiraan...

....sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata - kata yang  kadangkala hanya dapat dipakirkan melalui tingkah laku dan riak wajah...

......dan dalam hidupku, nikmat kegembiraan yang paling tinggi ialah apabila melihat  kegembiraan melingkungi orang - orang yang ku sayangi......

.......walaupun tika itu diriku dilanda keresahan, kekecewaan dan kesedihan, ia sudah cukup menggembirakan dan membahagiakan ku..... Moga kegembiraan dan kebahagiaan itu mampu melingkungi diriku jua... Amin...

27 April 2007
6th Yr studio UTM

2.03 a.m.


Posted at 7:13 pm by estonyza
Nak tulis???  

Previous Page Next Page

estonyza
Malaysia

"Menulis itu resah yang bahagia,
duka yang indah....."

"Segala yang dihasrat, tapi tak dapat,
adalah nikmat, yang paling padat....."

-A. Samad Said-

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed