Entry: Perasaan Apa Ini.......???? '( Sunday, February 17, 2008



 Tatkala aku sedang sibuk melaksanakan kerja ku yang secara mendadak bertimbun minggu ini…. Aku merasakan sesuatu yang kurang enak dihatiku… Aku merasakan sesuatu yang tidak kena… Apakah perasaan ini…? Amat sukar untuk ku tafsirkan rasanya…

 Sakit hati? Aku yakin bukan, namun ia amat menyenakkan perasaanku….  Cemburu, dengki, sedih atau benci? Aku pasti ia jauh sekali kerana aku betul – betul kenal dengan perasaan – perasaan itu… Kalau cemburu itu dulu… tapi sekarang tidak lagi… Dengki? Tidak pernah wujud dalam hatiku jika berkenaannya… Sedih? Sedih dalam diriku dah nak habis dah rasanya.. Sebab aku tak lagi mampu untuk bersedih… Terlalu letih bersedih… dan terlalu lama rasanya… cukup menyakitkan dan menyeksakan…  Benci….? Itu sudah pasti amat jauh kerana aku amat sayang jika berkenaan dengannya…. Tapi perasaan ini masih menusuk – nusuk perasaanku… Ya Allah.. bantulah hambamu yang lemah dan hina ini…

 Aku cuba lari setiap masa… tapi tak mampu… Perasaan ini masih mengejarku… Semakin aku lari…. Semakin kuat ia mengejar dan mendesak ku… Sampai kini aku masih gagal mentafsirkannya… Aku gagal untuk mengelak darinya… Ya Allah, kau tenangkanlah hatiku… Tabahkanlah hatiku, Kuatkanlah semangatku, lapangkanlah fikiranku… Terlalu seksa rasanya dibelenggu dengan perasaan ini… Jauhilah aku dari perasaan ini… Kerana aku tidak pasti dengan NAMA perasaan ini… dan aku amat tidak mengenalinya… Bagaimana harus ku atasinya sedangkan aku sendiri tidak mengenalinya…?

 Apa yang aku mampu lakukan hanya berdoa dan berharap.. Moga Kau makbulkan segalanya.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa ke atas makhluk ciptaanMu dan hanya Engkaulah yang mampu mengubah segala – galanya… Amin….

 

Ny-Az
5.35 p.m
17 Feb 2008

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments