|
Angin laut menghembus ke mukaku…. Roh – roh yang diselimuti
jasad semakin berkurangan di pesisiran ini.. Mungkin banyak yang telah
pulang atau membawa haluan tersendiri…. Sejuk, tenang dan lapang seketika
fikiranku… Aku masih duduk di tembok pemecah ombak tatkala mata dan kepalaku
terarah kepada sesuatu dalam kedinginan pagi ini… Cahaya lampu dari puncak
disebelah kananku… Cahaya terang suram itu cukup kuat memanggil fikiranku dalam
ketenangannya……
Fikiranku terus terarah menerjah cahaya lampu itu… Aku
berasa kagum dengan kekuasaaNya.. Aku nampak sesuatu yang cukup unik dalam
senario dan panorama itu… Walaupun dalam kegelapan malam, balaman bentuk gunung
itu jelas kelihatan.. Puncaknya yang bercahaya telah menarik aku berada disana
seketika…
Pandangan ku cukup luas untuk menerjah sekeliling di
bawahnya… Begitu besar dan luas tanah bumi yang ku pijak ini… Tapi mengapa aku
mesti menagih dan memilih satu yang aku sendiri tidak pasti, sedangkan jika
dilihat dari puncak ini begitu banyak lagi pilihan dibawah sana
yang mungkin boleh ku pilih… Kenapa? Aku kembali berfikir… Hebatnya Kuasa Dia
Yang Maha Esa…
Mengapa tidak yang lain..? Mengapa mesti kupilih sesuatu yang hadir dari sebuah kampung
yang cukup tenang buatku, sedangkan banyak lagi tempat atau kampung yang tenang dan mungkin
lebih lagi untukku…? Mengapa aku mesti pilih sesuatu dari rumah kampung unik
dua tingkat bersebelahan sawah padi dan terdapat jelapang berhampirannya sedangkan
banyak lagi rumah yang sedemikian dibawah sana?
Mengapa hatiku masih terpaut pada jaluran jalan kampung dan aliran air parit
disitu sedangkan banyak lagi jalan raya yang lebih baik dan sungai yang indah
merata – rata dibawah sana? Mengapa
aku masih berharap dan mengimpikan yang aku akan ada disana tatkala lebaran
tiba dan bahagia bersama isteri dan anak – anak tercinta? Mengapa? Mengapa?!!!!
Banyak lagi peluang untuk mendapat ketenangan, keindahan dan kebahagiaan dibawah sana..
Mengapa disitu juga tetap dalam sudut lubuk hatiku? Mengapa?............
Hati lukaku berbisik
halus….
“Sesuatu yang hadir disana telah memaut erat segalanya dalam hati ku… Aku
masih gagal untuk melepaskannya…… Tiap kali aku cuba
menguntaikannya… tiap kali itu ia semakin kuat menjerutku lantas membuat
ia makin sakit dan terluka kerana ikatannya…… Biarlah ia….. ataupun aku
akan lebih terluka kerana cuba
melepaskan diriku dari sana…
Biarlah….. Biarlah Yang Maha Kuasa sahaja yang meleraikannya…….” Tangan ku terasa gegaran sesuatu.. Rentapan ikan pada mata
kail joranku telah membawa aku kembali ke pantai tempat bumi nyata aku berpijak….
Membawa aku turun dari gunung sebelah kananku tadi dan membawa aku keluar dari
dunia bisikan hatiku sendiri……
Biarlah….. Biarlah masa dan Dia sahaja menentukannya…..
Kerana masa akan membawa aku terus berjalan menghampiriNya dan Dia lebih Mengetahui
dari hamba – hambanya….. Yah Allah.. Bantulah Hambamu ini....Amin…..
Pantai Merdeka 9 Feb 2008 2.43 a.m
|